suria

Beberapa artis meninggal dunia selepas jadi tetamu, rancangan Denny Sumargo dituduh bawa musibah

Denny tidak mahu ada yang menganggap rancangan membawa musibah kepada orang lain.

BEBERAPA orang selebriti Indonesia meninggal dunia selepas menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara yang dikendalikan oleh pelakon Denny Sumargo menerusi saluran Youtube miliknya.

Perkara itu menjadi bualan peminat sehingga menganggap ada sesuatu yang tidak kena dengan rancangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak transgender Dorce Gamalama dikebumikan sebagai lelaki, meninggal dunia akibat Covid-19

Menurut Denny ia adalah sekadar kebetulan dan tidak perlu diperbesarkan sehingga mengaitkan dengan perkara mistik.

“Saya tidak fikir seseorang itu meninggal sebab saya mengundang dia menjadi tetamu.

“Saya duah jemput lebih 100 orang. Tak kan semuanya akan meninggal sebab saya,” kata Denny.

Selepas Vanessa Angle, Bibi Ardiansyah dan Laura Anna meninggal dunia, peminat dikejutkan pula dengan kematian pelakon dan pelawak Dorce Gamalama baru-baru ini.

Kesemua mereka pernah menjadi tetamu rancangan Denny dan berkongsi cerita peribadi dalam dunia seni. -DETIKHOT

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain