ANGGOTA kumpulan MONSTA X iaitu Hyungwon akui dirinya seorang yang suka memendam perasaan. Menurutnya juga dia sangat berhati-hati apabila membuat sesuatu keputusan kerana takut menyesal di kemudian hari. ARTIKEL BERKAITAN: Agensi Perjelas Gosip Cinta Hyungwon (Monsta X) “Saya sangat berhati-hati dalam membuat keputusan kerana tidak mahu menyesal di kemudian hari. “Disebabkan hal itu saya sering memikirkan sesuatu yang tidak sepatutnya dan membuatkan saya menjadi risau. “Apabila ada sebarang masalah saya lebih suka pendam dalam hati kerana bagi saya jika saya ceritakan kepada orang lain, akan terjadi perkara tidak elok,” ujar Hyungwon. Sementara itu dia Hyungwon turut memberitahu suka menyerlahkan dirinya dalam pelbagai cabang seni seperti lakonan dan juga menjadi seorang DJ. Baginya peminat akan dapat merasakan bakat dan sisi berbeza dalam dirinya. -SOOMPI Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!