suria

Ibu Atta Halilintar bocor nama sebenar ‘Baby A’, bawa maksud cahaya yang sempurna

Atta dan Aurel belum berkongsi wajah dan nama bayi mereka

RAMAI yang menanti untuk melihat wajah anak sulung pasangan Atta Halilintar dan Aurel Hermanysah serta nama sebenar di sebalik panggilan Baby A.

Belum sempat mereka membuat pengumuman, ibu Atta sendiri seakan telah memberi bayangan nama bayi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar dah jadi ayah! Aurel selamat lahir ‘Baby A’

“Telah lahir cucu sulung kami dari anak sulung kami Atta dan Aurel. Nur Attamimi = Cahaya yang sempurna,” tulis ibu Atta iaitu Geni Faruk di Instagram miliknya.

Sebelum ini, ibu Aurel iaitu penyanyi Krisdayanti turut memberi ungkapan sebegitu.

“Cahaya sempurna bagi keluarga,” tulis Krisdayanti saat berkongsi berita gembira menyambut kelahiran cucunya.

Sementara itu Atta dilihat masih belum menunjukkan wajah anaknya yang lahir pada 22 Februari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain