suria

Lima individu dalam bot dinaiki Tangmo Nida bakal lakukan ujian penipuan, polis cuba kesan unsur cerita palsu

Polis siasat lima individu atas bot bersama Tangmo Nida.

LIMA individu yang berada di dalam bot laju bersama aktres mendiang Nida Tangmo Patcharaveerapong akan menjalani ujian pengesan poligraf bagi mengesan pembohongan.

Ketua Balai Polis Muang, Pol Kol Chaturon Anurakbundit berkata, kelima-lima mereka akan dipanggil untuk disoal siasat dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: Tangmo Nida pernah tukar nama dua kali, pandai berenang... Ketahui 10 fakta pelakon Thailand maut jatuh sungai Chao Phraya

“Mereka akan dipanggil untuk soal siasat dan menjalani ujian pengesan pembohongan secepat mungkin memandangkan ramai tertanya-tanya sama ada mereka semua bercakap benar atau tidak,” ujarnya.

Beliau menjawab soalan media mengenai keadaan yang menyebabkan aktres itu jatuh ke sungai dalam insiden pada 24 Februari lalu.

Mereka akan dipanggil untuk soal siasat dan menjalani ujian pengesan pembohongan secepat mungkin memandangkan ramai tertanya-tanya sama ada mereka semua bercakap benar atau tidak

Pol Kol Chaturon Anurakbundit

Ketua Balai Polis Muang

Lima individu atas bot laju itu ialah Idsarin 'Gatick' Juthasuksawat, pengurus Tangmo; Wisapat 'Pasir' Manomairat, Nitas 'Job' Kiratisoothisathorn; Tanupat 'Por' Lerttaweewit; dan Phaiboon 'Robert' Trikanjananun.

Tambah polis, Tanupat (pemilik bot) dan Phaiboon (pemandu) akan didakwa mengendalikan kapal itu tanpa lesen dan kecuaian sehingga membawa kematian.

Beliau juga berkata, saksi akan diminta menceritakan semula peristiwa sebelum tragedi dan pertuduhan lanjut boleh dikenakan.

Selain itu, polis juga belum menerima laporan bedah siasat dan hasil ujian darah yang dijalankan ke atas lima orang yang menaiki bot laju itu.

Tangmo nida

Tangmo Nida meninggal dunia selepas jatuh bot pada Khamis.

Pada Khamis lalu, aktres terkenal, Tangmo Nida atau Nida Patcharaveerapong, 38, meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam sekitar pukul 11 malam, 24 Februari lalu.

Insiden itu berlaku ketika dia menaiki bot laju di Sungai Chao Phraya bersama-sama enam orang rakannya dari Krung Thon Bridge Ke Rama Vll Bride.

Media tempatan turut melaporkan, Nida dikatakan duduk di bahagian paling belakang sebelum tergelincir dan jatuh ke dalam sungai.

Pasukan penyelamat menjumpai mayat Nida yang dilihat terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh selepas dua hari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain