suria

Tangmo Nida pernah tukar nama dua kali, pandai berenang... Ketahui 10 fakta pelakon Thailand maut jatuh sungai Chao Phraya

Ibu Nida masih tidak percaya anaknya jatuh sungai secara tidak sengaja.

KEMATIAN aktres terkenal Thailand, Tangmo Nida atau Nida Patcharaveerapong pada Khamis lalu sehingga kini menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Rata-rata netizen masih tertanya-tanya punca kematian aktres berusia 38 tahun itu yang dipercayai terjatuh ke dalam sekitar pukul 11 malam, 24 Februari lalu.

Insiden itu berlaku ketika dia menaiki bot laju di Sungai Chao Phraya bersama-sama enam orang rakannya dari Krung Thon Bridge Ke Rama Vll Bride.

Media tempatan turut melaporkan, Nida dikatakan duduk di bahagian paling belakang sebelum tergelincir dan jatuh ke dalam sungai.

Nida 1

Mayat Nida ditemui terapung.

Lebih malang, mangsa turut dikatakan tidak memakai jaket keselamatan ketika berada di atas bot laju tersebut.

Pasukan penyelamat menjumpai mayat Nida yang dilihat terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh selepas dua hari.

Abang kepada Nida iaitu Dayos Detjob, 44, berkata dia mengecam mayat adiknya berdasarkan pakaian yang dipakai dan seterusnya memaklumkan kepada pasukan penyelamat di lokasi.

Kes itu didakwa menjadi misteri apabila ibu Nida, Panida Sirayutthayothin memberitahu pihak media yang dia tidak percaya kematian anaknya disebabkan jatuh secara tidak sengaja.

Nida 3

Nida dikatakan tidak memakai jaket keselamatan ketika berada di atas bot laju.

Malah, Panida juga mendakwa kemungkinan berlaku pergaduhan antara mereka yang berada di bot itu memandangkan terdapat foto memperlihatkan wajah anaknya kelihatan tidak gembira duduk seorang diri di belakang bot.

Berikut fakta mengenai Tangmo Nida;

1. Nama penuh Nida adalah Pataratida Patcharawirapong dan dilahirkan pada 13 September 1984 di Thailand.

2. Tangmo sempat mengubah namanya kepada Tangmo Pataratida kemudian menjadi Tango Mida.

3. Memiliki ketiggian 168cm serta berat 47kg, Nida pernah berkahwin dengan Tano Pakin Kumwilaisuk pada 2013 namun berpisah pada 2015.

Punca kematian Tangmo Nida masih menjadi misteri.

Nida merupakan pelakon popular Thailand.

3. Difahamkan, sebelum insiden tersebut Nida yang merupakan bekas pelajar Arts BA, Dhurakij Bundit itu sedang hangat bercinta dengan Bird (Stonerbkk).

4. Nida memulakan kerjayanya dalam dunia seni sebagai pelakon, model dan penyanyi pada 2003.

5. Difahamkan dia juga mempunyai kebolehan berenang dan pernah berkongsi fakta memiliki hobi bermain Internet dan tidur.

6. Mendiang merupakan artis berbakat yang kerap mendapat watak utama dalam Channel 7. Antara drama lakonannya iaitu Benja Keta Kwarm Ruk pada 2003, Oun I Ruk (2004), Sai Ruk Sai Sawaat (2018), Bai Mai Tee Plid Plew (2019) dan terbaru, Nuer Nai (2020).

Nida 4

Nida pernah berkahwin namun bercerai pada 2015.

7. Nida juga pernah membintangi filem bersama pelakon Cee Siwat Chottichaicharin berjudul Ghost of Mae Nak yang ditayangkan pada 5 Januari 2006.

8. Dia juga mempunyai album iaitu Benja Keta Kwarm Ruk (Melody of Love, 2 Disember 2003), Tarad Narm Dum Nern Ruk Part.2 (9 Febuari 2008), Jao Ying Lhong Yook, Pleng Ruk Baan Nah (29 Disember 2011) dan Sao Noy Roy Lem Kwien.

9. Selain itu, Nida juga pernah muncul dalam video muzik (MV) berjudul In one of D2B mv (2002), Poor Ter Pen Kon Dee By: Baby Bull, Dtua Tuang By: Nexus (2011), Rung - MV By: Dunk Phunkorn (2012).

10. Nida mempunyai ramai peminat dan memiliki sebanyak 1.5 juta pengikut di laman sosial Instagram (melonp.official). GetIndiannews, Sharerice

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain