PELAKON sinetron kelahiran Malaysia, Aliff Alli ditahan polis Indonesia selepas didakwa memalsukan kad pengenalan anaknya dan melanggar akta republik tersebut. Menurut laporan CNN, penahanan itu dilakukan selepas terdapat bukti yang pernah dilampirkan oleh bekas isterinya, Aska Ongi pada tahun lalu menunjukkan terdapat penipuan semasa Aliff mendaftarkan kad pengenalan anak mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Adik Isa Khan bercerai selepas 11 bulan berkahwin secara rahsia dengan instafamous Indonesia Menurut wakil Polis Daerah Metro Jaya Jakarta, E Zulpan, Aliff ditahan pada Selasa lalu dan bakal berdepan hukuman penjara tujuh tahun jika didapati bersalah. "Pihak berkuasa menahan Aliff dan ditetapkan sebagai orang kena tuduh selepas memiliki semua bukti terkait dakwaan yang pernah dibuat oleh bekas isterinya. Aliff (kiri) bersama kakaknya, Farah Khan dan Isa Khan. "Penahanan ini juga dilakukan agar yang terkait tidak melarikan diri pulang ke Malaysia kerana dia masih berstatus warganegara sana," katanya. Menurut fakta kes, Allif ditahan kerana memalsukan kad pengenalan anaknya sewaktu ingin mendaftar perkahwinannya dengan Oska. Lelaki berusia 30 tahun itu didakwa telah mencantumkan nama anak dan namanya sebagai bapa. Aliff bersama bekas isteri, Aska Ongi dan anak mereka. Tindakan itu dianggap salah dalam akta anak di Indonesia kerana pasangan tersebut menikah secara siri (tidak mendaftarkan pernikahan secara sah). Sebelum ini, masalah rumah tangga pasangan tersebut pernah menjadi kontroversi selepas mereka turun naik mahkamah. Dia dipercayai memukul bekas isterinya, Aska Ongi ketika wanita itu sedang sarat hamil empat bulan. Aliff dan Oska Ongi bernikah pada 19 Disember 2018 dan mendapat cahaya mata pertama pada 2 Mei 2019. Pasangan ini sah bercerai pada 11 November 2019. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!