SEBAIK sahaja selesai jalani kuarantin akibat Covid-19, pelakon Park Seo Joon terus terbang ke Hungary untuk penggambaran filem terbaharu berjudul Dream. Memetik laporan Soompi, agensi Awesome ENT berkata kesihatan artis mereka itu juga sudah kembali sembuh dan akan pulang ke Korea sekitar bulan Mac. "Park Seo Joon sudah pergi ke Hungary untuk jalani penggambaran filem. Selepas selesai kuarantin, kesihatan dia pun sudah kembali pulih. "Kami pun sentiasa bekerja keras untuk menjaga kesihatannya supaya dia dapat menjalani penggambaran dalam keadaan selamat. "Sepatutnya dalam jadual, dia akan pulang semula ke Korea sekitar Mac ini juga," katanya. Filem arahan pengarah Lee Byung Hun itu turut dibintangi pelakon dan penyanyi terkenal IU yang memegang watak utama. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!