suria

Maia Estianty sahkan Al Ghazali belum kahwin, restu hubungan cinta anak

Maia (kanan) tidak tahu bila anaknya akan bernikah

SEBELUM ini khabar angin mengatakan penyanyi Al Ghazali sudah berkahwin diam-diam dengan kekasihnya Alyssa Daguise.

Bercakap tentang hal tersebut, ibu kepada Al Ghazali iaitu penyanyi Maia Estianty mengesahkan anak itu belum berkahwin seperti yang didakwa.

ARTIKEL BERKAITAN: Al Ghazali didakwa dah kahwin senyap-senyap... Ini komen Ahmad Dhani

“Tidak, itu tidak benar sama sekali.

“Saya tidak tahu bila mereka akan bernikah. Hanya mereka sahaja tahu.

“Perancangan untuk bernikah itu memang sudah ada,” ujar bekas isteri Ahmad Dhani ini.

al ghazali 1

Hubungan Al Ghazali dan Alyssa sudah dapat restu Maia

Dalam masa sama, Maia juga telah merestui hubungan anaknya itu dan berdoa semoga Al Ghazali dan Alyssa akan sentiasa gembira.

“Dia (Al Ghazali) sudah membawa teman wanitanya berjumpa saya.

“Kalau tidak restu, pasti saya sudah katakan tidak.

“Saya tidak mahu mengatur hidup anak-anak saya. Biar mereka jalani sendiri dan yang penting semua gembira,” jelasnya.

Selain Al Ghazali, Maia dan Ahmad Dhani mempunyai dua anak lain hasil perkahwinan mereka iaitu Ahmad El Jalaluddin Rumi, and Abdul Qodir Jaelani.

Mereka bercerai pada September 2008 selepas lebih 12 tahun mendirikan rumah tangga. -DETIKHOT

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain