suria

Tuduh Vanessa Angel hamil sebelum kahwin, bapa mentua bengang Doddy sanggup buka aib anak sendiri

Haji Faisal (kiri) terkilan dengan kenyataan besannya iaitu Doddy Sudrajat.

BAPA kepada Allahyarham Bibi Andriansyah iaitu Haji Faisal meluahkan rasa kecewa dengan kenyataan besannya iaitu Doddy Sudrajat yang mendakwa Vanessa Angel telah hamil sebelum berkahwin dengan anaknya.

Menurut laporan Liputan6, Faisal berkata dia terkilan apabila menantunya itu dituduh dengan kenyataan tidak benar oleh ayahnya sendiri.

"Tak ada itu (Vanessa sudah hamil sebelum kahwin)," katanya ketika ditemui media di Pejabat Agama Jakarta Barat, Indonesia pada Rabu.

Dalam pada itu, Faisal mengakui hairan apabila besannya seolah-olah lebih mengetahui mengenai kehamilan berkenaan sedangkan Doddy dan Vanessa terputus hubungan ketika itu.

haji faisal 1

Haji Faisal bersama menantu kesayangannya, Allahyarham Vanessa Angel.

"Saya nak tanya, sebelum bernikah itu sudah berapa lama dia tak berjumpa dengan anaknya... dari mana dia tahu (Vanessa hamil)," soal Faisal.

Pada Rabu lalu, Doddy mendedahkan anaknya itu hamil sebelum berkahwin dengan Bibi.

Justeru itu, dia terpaksa merestui perkahwinan pasangan itu walaupun pada awalnya dia melarang.

"Vanessa ketika itu sedang mengandung dahulu. Kalau misalnya Vanessa belum hamil, ya daddy tak akan bersetuju," kata Doddy menerusi YouTube Uya Kuya TV.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain