suria

Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar simpan tali pusat anak

Aurel dan Atta timang anak perempuan yang diberi nama Ameena Hanna Nur Atta.

BUKAN sahaja wang, tetapi tali pusat bayi sulung pasangan selebriti terkenal Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar juga disimpan di stem cellbank stem cell.

Aurel dan suaminya yang juga YouTuber terkenal itu memilih Celltech Bank Stemcell Vinski Tower Indonesia sebagai lokasi penyimpanan tali pusat anak mereka.

Menurut pemilik bank stem cell itu, Prof Dr Deby Vinski, Aurel juga memahami kelebihan membuat simpanan tersebut untuk kegunaan masa hadapan.

"Saya ada berhubung dengan Aurel menerusi WhatsApp dan dia memahami manfaat menyimpan tali pusat.

"Saya menganggap generasi muda seperti Atta dan Aurel, sudah memberikan contoh, bahwa mereka menyimpannya.

"Manfaatnya lebih kepada untuk masa hadapan melibatkan kesihatan. Boleh menyembuhkan penyakit kanser, diabetes dan strok," katanya.

Untuk rekod, Aurel melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Ameena Hanna Nur Atta pada 22 Februari lalu. - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain