suria

Ibu Tangmo Nida dakwa diugut, terima buku pelik tulisan mantera... Polis larang sebar foto ngeri mayat

Ibu Tangmo terima ugutan supaya tidak bercakap banyak mengenai kematian anaknya.

BELUM pun reda menerima takdir kematian anak tersayang, ibu kepada pelakon Tangmo Nida iaitu Panida Siriyudthayothin mendedahkan dia turut menerima ugutan daripada individu tidak dikenali.

Menerusi temubual bersama media, Panida memberitahu dia menjumpai sebuah buku ‘Metallica’ dengan setiap muka surat dipenuhi perkataan dan contengan yang tidak difahami.

Kata Panida, buku tersebut dihantar di hadapan rumahnya dan dipercayai merupakan satu bentuk ugutan untuk dia tidak bercakap lebih lanjut mengenai kematian Tangmo.

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh foto mayat Tangmo Nida tersebar di laman sosial, netizen Malaysia tolong siasat... Ada yang nampak macam kena jerut!

ARTIKEL BERKAITAN: Polis jumpa bukti baharu, 5 individu termasuk kawan Tangmo Nida mungkin didakwa

"Buku dengan tulisan tidak difahami ini diletakkan di depan apartment saya. Saya percaya ni ugutan untuk saya tak dedahkan banyak info," katanya kepada portal Madamemount.

Sebelum ini, Panida meluahkan rasa sangsi dan tidak percaya bahawa kematian anak kesayangannya itu akibat terjatuh secara tidak sengaja dari bot seperti yang dilaporkan media tempatan.

Panida mempercayai kematian anaknya itu ada kaitan dengan unsur jenayah.

ibu tangmo 2

Buku berkenaan dipenuhi contengan tidak difahami.

Kelima-lima sahabat yang berada di bot tersebut telah membuat permohonan maaf kepada Panida di atas kematian anaknya itu.

Panida bagaimanapun enggan menerima permohonan maaf daripada pengurus Tangmo yang dikenali sebagai Kratik.

“Saya maafkan Por dan Robert. Tapi untuk Kratik, saya tidak akan dapat memaafkannya. Ada dua orang lagi (Job dan San), saya tidak tahu nak buat apa," katanya.

Sementara itu, netizen pula menganggap buku yang dihantar itu bukanlah ugutan, sebaliknya ia daripada individu luar yang mahu memberikan petunjuk terhadap misteri kematian Tangmo Nida yang hangat diperkatakan.

Polis larang kongsi foto mayat Tangmo

Dalam perkembangan lain, Polis Thailand memberi amaran dan melarang orang ramai berkongsi foto mayat Tangmo di media sosial.

Menurut wakil polis Yingyot Thepchamnong, penyebaran foto 'ngeri' itu boleh memberi kesan kepada keluarga mendiang dan menganggu siasatan pihak berkuasa.

Justeru itu, mereka yang ingkar boleh dikenakan hukuman penjara dan denda.

ibu tangmo 1

Ibu tak terima punca kematian anak kerana lemas.

"Kepada sesiapa sahaja yang melakukan ini (kongsi foto mayat) agar ingat keluarga, orang tercinta yang kehilangan seseorang mereka kini sedang mengalami kesan emosi cukup mendalam.

"Berkongsi gambar, video atau apa-apa berkaitan dianggap tidak menghormati hak si mati, membuatkan keluarga rasa lebih kehilangan, kesedihan dan beri kesan kepada keluarga," katanya seperti dilapor Kompas.

Pada Khamis, tular beberapa keping foto memperlihatkan keadaan mayat Tangmo selepas ditemui pihak berkuasa.

Tubuh Tangmo ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan mengalami beberapa kecederaan teruk pada bahagian paha.

tangmo 3

Foto dipercayai mayat Tangmo tersebar di laman sosial.

Lebih menyayat hati, wajah Tangmo juga membengkak hitam dan hampir tidak dapat dikenal pasti jika dipandang secara luaran.

Mayat pelakon berusia 38 tahun ini dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan pada Sabtu lalu selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.

Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

Pihak polis juga kini sedang menyiasat lima individu yang turut berada di dalam bot sama yang dinaiki Tangmo.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain