suria

Kes rogol gadis usia 17 tahun, tular rakaman suara bukti Kris Wu tak bersalah

Rakaman yang tersebar boleh jadi bukti Kris Wu tidak bersalah

SEBUAH rakaman suara bertajuk ‘dumeizhu recording’ menjadi tular di media sosial seakan membuktikan pelakon dan penyanyi Kris Wu tidak bersalah selepas ditahan atas tuduhan merogol.

Dalam rakaman tersebut terdengar suara wanita bernama Du Meizhu mengakui dia menerima sejumlah wang untuk berlakon sebagai mangsa dan memerangkap Wu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kris Wu dikenakan waran tangkap atas tuduhan merogol

Memberi respons kepada rakaman tersebut, Du Meizhu mendakwa ia sudah disunting.

Bagaimanapun seorang rakanya iaitu Li En menafikan kenyataan tersebut dan memainkan rakaman sebenar suara Meizhu menerusi telefon bimbitnya dalam satu temubual sebuah rancangan podcast.

Sehingga kini masih belum jelas berkaitan kes yang mendakwa Wu melakukan jenayah rogol kerana tidak ada seorang pun mangsa yang hadir membuat laporan polis.

Kris Wu yang merupakan anggota kumpulan EXO ditahan pihak polis China pada Ogos tahun lalu.

Tahanan dibuat hanya menerusi satu tuduhan yang dibuat oleh seorang gadis di atas talian.

Dalam siasatan polis sebelum ini Kris menafikan tuduhan dia memperdaya seorang gadis untuk melakukan hubungan seks menggunakan minuman keras. -ALLKPOP

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain