PENYANYI Cita Citata meluahkan rasa marah dengan pihak pengurusan kerjaya seninya yang meminta untuk tampil membuat persembahan ketika dirinya masih kuarantin akibat Covid-19. Menurut Cita dia kecewa dengan tindakan tersebut dan menganggap pihak terbabit tidak mementing tahap keselamatan penonton yang hadir. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan mudah nak popular, Cita Citata pernah disihir rakan artis... Hilang suara ketika buat persembahan “Pada 24 Februari saya disahkan positif Covid-19 dan pada 26 Februari pula saya sepatutnya ada jadual membuat persembahan. “Pihak pengurusan mahu saya membuat persembahan dalam keadaan sedang positif. “Saya tidak boleh bayangkan betapa bahayanya kerana boleh menyebarkan virus ini. Apalagi jika ada yang mengidap penyakit kronik. “Pihak pengurus mengancam tidak membayar wang produksi persembahan saya jika tidak hadir ketika itu,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram. Cita anggap bekas pengurusannya tidak bertanggungjawab Susulan kejadian tersebut, Cita menarik diri keluar daripada pengurusan berkenaan. Dia juga memberi peringatan agar tidak lagi dikaitkan dengan pihak tersebut di masa akan datang. “Untuk pengurus artis lain, ini pesan saya sebagai penyanyi. Boleh jadi profesional tetapi harus guna akal. “Kini nombor telefon pengurus saya hanya satu iaitu seperti yang tertera di Instagram. “Tulisan ini bukan niat untuk menjatuhkan tetapi sekadar berkongsi pengalaman kerana sudah banyak kali nama saya jadi buruk akibat gosip yang disebarkan oleh pengurus terdahulu. “Saya sangat profesional dalam bekerja jika mengikut peraturan yang memberi kebaikan untuk kedua-dua pihak,” ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!