PELAKON Ukraine Pasha Lee dilaporkan terbunuh dalam serangan tentera Rusia yang menduduki bandar yang terletak di barat Kyiv. Pelakon berusia 33 tahun itu, meninggal dunia di Irpin, Ukraine ketika mempertahankan tanah airnya pada Ahad. Lee dilaporkan terbunuh bersama Datuk Bandar, Yuriy Prilipko, 61, yang ketika mengagihkan makanan dan ubat-ubatan. View this post on Instagram A post shared by ПАША ЛИ | АКТЕР | TV HOST (@pashaleeofficial) Lee menyertai Pasukan Pertahanan Teritorial Angkatan Tentera Darat Ukraine sejak hari pertama peperangan tercetus. Lima hari sebelum kematian, Lee memuat naik status yang memberitahu dia bangga memakai seragam tentera dan mengajak semua rakyat bersatu menentang keganasan. Dia juga memberitahu dirinya berada di tengah peperangan. “Selepas 48 jam lalu, ini kesempatan buat kami duduk dan bergambar. Saat ini kami masih dibedil bom, tetapi masih tersenyum kerana kami mampu menanganinya,” tulisnya. - DAILY MAIL Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!