suria

Keluarga serah ‘baju terakhir’ Tangmo Nida, proses solek mayat sukar... Upacara pembakaran Isnin ini

Upacara memperingati mendiang Tangmo diadakan pada Isnin ini.

PIHAK Forensik tidak membenarkan ahli keluarga mendiang aktres Tangmo Nida terlibat dalam proses menyiapkan mayat sebelum dikebumikan pada 14 Mac ini.

Proses menukar pakaian dan solekan mayat aktres sukar berikutan keadaan mayat yang ditemui selepas dua hari di dalam sungai.

Proses solekan dan menukar baju itu dilakukan oleh pegawai yang pakar dan berpengalaman sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan dakwa Tangmo Nida terjatuh ketika cuba kencing belakang bot, polis minta lakon semula kejadian

ARTIKEL BERKAITAN: Timbul spekulasi baharu, Tangmo Nida dipaksa layan nafsu lelaki VVIP sebelum jatuh bot

Pihak keluarga dibenarkan menyediakan baju terakhir Tangmo untuk diserahkan kepada pegawai bertugas.

Selepas proses bedah siasat dilakukan doktor perlu membersihkan luka, menjahit dan masukkan ke dalam bilik sejuk sehingga keluarga membawa mendiang ke upacara keagamaan.

Upacara pemakaman Tangmo akan berlangsung pada hari Jumaat hingga Ahad iaitu pukul 6.30 petang hingga 8.30 malam.

tangmo 3

Tangmo jatuh bot pada 24 Februari lalu dan mayatnya ditemui selepas tiga hari hilang.

Saudara dan kenalan diberi peluang memberi penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Gereja Methodist, Wilayah Pathum Thani untuk acara pembakaran mayat.

Untuk rekod, mayat Tangmo Nida dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.

tangmo mom

Tangmo bersama ibunya, Panida.

Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira satu kilometer dari lokasinya terjatuh.

Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

Pihak polis kini masih meneruskan siasatan terhadap lima individu yang turut berada di dalam bot sama termasuklah pengurusnya Kratik.

SUMBER: Khaosod Online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain