suria

Selesai cara baik, ibu bapa Ayu Ting Ting tarik laporan polis terhadap netizen

Ayu bersama peguamnya sudah menarik laporan terhadap seorang netizen pada dua hari lalu.

SELEPAS hampir setahun, akhirnya ibu bapa kepada selebriti Indonesia Ayu Ting Ting mengambil keputusan untuk menarik semula laporan polis terhadap netizen yang mencemarkan nama baik anak mereka.

Memetik laporan Liputan6, peguam yang mewakili keluarga Ayu iaitu Sandy Arifin hadir bersama penyanyi itu ke balai polis untuk menguruskan perkara tersebut pada Khamis lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting tertekan sering dikecam, tak tahu apa kesalahan hingga terlalu dibenci netizen

Keputusan itu dibuat selepas berbincang dan kedua-dua belah pihak bersepakat untuk menyelesaikan secara baik memandangkan Ramadan bakal tiba.

"Dua hari lalu, saya bersama Ayu ke balai untuk proses menarik semula laporan kerana kami sudah berbincang dengan cara baik.

"Setelah melalui perbincangan, kami sepakat untuk selesaikan masalah ini secara baik memandangkan sudah nak masuk bulan Ramadan.

"Ibu bapa Ayu juga sudah tua dan ingin lebih memberi perhatian kepada ibadah.

Pada Julai tahun lalu, ibu bapa Ayu iaitu Umi Kalsum dan Abdul Rozak mengambil keputusan membuat laporan polis terhadap seorang netizen yang telah mencemarkan nama baik anak mereka.

Susulan beberapa isu melibatkan Ayu satu patisyen diwujudkan bagi menggesa penyanyi dangdut itu diboikot daripada muncul di kaca televisyen.

Kempen memboikot itu merujuk kepada sebuah video klip memperlihatkan Ayu pernah menendang seorang tetamu undangan dalam sebuah program TV Brownis pada tahun 2019.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain