suria

Camila Cabello harap dapat berkawan semula dengan Shawn Mendes… Ed Sheeran nasihat buka lembaran baharu dalam hidup

Camila belum sedia cari cinta baharu.

SELEPAS berpisah dengan bekas kekasihnya Shawn Mendes pada November tahun lalu, penyanyi Camila Cabello kini lebih memberi fokus kepada kerjaya dan tidak mencari cinta dalam masa terdekat.

Menurut satu sumber yang dipetik HollywoodLife, penyanyi lagu Havana itu juga tidak menolak sekiranya suatu hari nanti hubungannya akan kembali baik dengan Mendes sebagai sahabat.

ARTIKEL BERKAITAN: Shawn Mendes akui hadapi masa sukar selepas berpisah dengan Camila Cabello

“Mendes adalah cinta pertama Camila, namun dia tidak mahu berusaha untuk memperbaiki hubungan cinta mereka.

“Dia kini lebih fokus kepada kerjaya seni kerana itulah yang membantu dirinya kembali bangkit selepas kecewa putus cinta.

“Camila berharap satu hari nanti mereka akan menjadi sahabat, namun biarlah ia terjadi secara semula jadi dan tidak perlu dipaksa,” kata sumber tersebut.

camila 2

Ed sedarkan Camila untuk kembali bangkit dalam kerjaya seni.

Sementara itu kolaborasi bersama Ed Sheeran dalam lagu terbaharu berjudul Bam Bam juga membuka mata Camila untuk membina kembali keyakinannya sebagai seorang penyanyi.

“Bekerjasama dengan Ed Sheeran dalam Bam Bam telah menyedarkan Camila.

“Ed mengingatkannya tentang bakat yang dimiliki dan memberi nasihat untuk membuka lembaran baharu dalam hidup.

“Ia membantu Camila untuk kembali yakin dengan diri sendiri,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain