MULA meniti populariti sebagai bintang Bollywood sejak berusia 18 tahun, siapa sangka pelakon Aamir Khan pernah terfikir untuk berhenti berlakon. Ujar Aamir, 58, dia pernah merasa menyesal mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga sehingga sepanjang mencipta nama dalam bidang lakonan. ARTIKEL BERKAITAN: Aamir Khan berhenti minum alkohol, menyesal tak luangkan masa bersama anak “Sepanjang berlakon saya banyak mensia-siakan keluarga yang sentiasa ada bersama. “Saya lebih fokus untuk menambat hati peminat. Saya sudah buat semua ini selama lebih 30 tahun. “Saya seorang yang terlalu pentingkan diri kerana mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. “Bagaimana jika saya lambat sedar tentang hal ini? Sekurang-kurangnya sekarang saya boleh tebus kembali masa bersama keluarga,” katanya seperti yang dipetik Times Of India. Aamir bersama anaknya Azad. Bintang filem 3 Idiots ini juga memberitahu bahawa keluarga membuatkan dia sedar agar tidak terlalu pentingkan kerjaya dan mencari keseimbangan dalam hidup. “Anak-anak dan Kiran (bekas isteri) jelaskan kepada saya bahawa dunia lakonan ini telah menjadi sebahagian daripada hidup. “Banyak perkara terjadi kepada saya dalam tempoh dua tahun ini. Saya berhenti berlakon dan kini kembali semula. “Selama ini saya terlalu mengejar cita-cita sehingga lupa untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga,” ujarnya. Aamir pernah mendirikan rumah tangga bersama Reena Dutta pada 1986 dan mereka mempunyai dua orang anak iaitu Ira dan Junaid. Bagaimanapun pasangan ini berpisah pada Disember 2002. Aamir kemudian berkahwin pula dengan Kiran Rao pada 2005 dan mempunyai seorang anak bernama Azad. Perkahwinan kedua Aamir juga tidak bertahan lama dan bercerai pada Julai 2021. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI