PELAKON Ezra Miller ditahan pihak polis kerana bertindak diluar kawalan dalam satu kejadian yang berlaku di sebuah pusat hiburan di Hawaii. Bintang utama filem The Flash ini dikatakan secara tiba-tiba merampas mikrofon daripada seorang wanita yang sedang menyanyi karaoke. ARTIKEL BERKAITAN: Jussie Smollet ditahan polis atas dakwaan menipu diserang dua lelaki Tidak terhenti di situ, Miller kemudian bertindak menendang seorang lelaki berusia 32 tahun yang sedang bermain dart di tempat sama. Pemilik pusat hiburan tersebut meminta agar Miller bertenang namun tidak diendahkan. Pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian sejurus menerima laporan orang awam yang melihat kekecohan berlaku. Miller ditahan atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu. Dia dibebaskan setelah membayar ikat jamin sebanyak RM2,100. Sebelum ini Miller juga pernah ditahan kerana memiliki dadah pada Jun 2011. DAILYMAIL Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI