RAMAI mengetahui dua bintang terkenal Bollywood, Rani Mukerji dan Sonam Kapoor merupakan sahabat baik sejak dua dekad lalu. Menerusi laporan Hindustan Times, kedua-duanya meraikan ulang tahun ke-20 persahabatan mereka itu semasa menghadiri majlis dianjurkan oleh saudara Sonam iaitu Sunil Kapoor. Dalam hantaran di Instagram, Sonam menulis luahan rasa cintanya kepada Rani serta menganggap hubungan mereka seperti seorang kakak dan adik. "Sebuah persahabatan yang telah berlangsung selama 20 tahun. Sayang kamu Rani! "Tidak banyak teman yang tulus dalam industri ini, semua ada kepentingan tapi kami seperti kakak dan adik," tulis Sonam. Bersama kapsyen tersebut, Sonam turut berkongsi foto memperlihatkan Rani tersenyum sambil memeluk erat dirinya. Sonam yang sedang hamil mengenakan gaun putih dengan rambut diikat kemas. Perkongsian pelakon filem Neerja itu menerima reaksi positif pengikut dan rata-ratanya memuji keikhlasan perhubungan dua aktres popular ini. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI