suria

Hyun Bin dah ‘off market’, kini milik Son Ye-Jin

Hyun Bin dan Son Ye-Jin kini suami isteri.

PASANGAN selebriti popular Korea Selatan Hyun Bin dan Son Ye-Jin kini bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup pada Khamis.

Pasangan tersebut telah berkongsi majlis gembira dan mengeluarkan foto-foto pra-perkahwinan melalui agensi masing-masing.

Kedua-dua selebriti membintangi filem The Negotiation dan drama Crash Landing On You.

Selepas beberapa kali dilihat bersama, mereka secara terbuka mengakui bercinta pada Januari 2021.

Pada Februari lalu mereka mengumumkan bakal berkahwin.

Seperti dipetik Soompi, agensi memaklumkan pasangan itu akan mengadakan majlis perkhawinan mereka pada Khamis.

“Majlis ini akan diadakan secara tertutup dengan mengambil kira situasi dengan Covid-19, jadi kami memohon pengertian anda semua.

"Kami berkongsi berita itu dengan gambar perkahwinan mereka.”

“Kami merakamkan rasa terima kasih yang mendalam atas sokongan yang dihantar kepada mereka untuk permulaan kehidupan baharu," ujar agensi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain