suria

Vokalis The Wanted, Tom Parker meninggal dunia selepas 2 tahun menderita kanser otak

Tom Parker meninggal dunia pada Rabu.

VOKALIS The Wanted, Tom Parker meninggal dunia pada Rabu akibat kanser otak.

Berita kematian penyanyi berusia 33 tahun itu dikongsi oleh isterinya, Kelsey Hardwick menerusi Instagram.

"Dengan berat hati kami memaklumkan Tom meninggal dunia dengan tenang hari ini bersama semua ahli keluarganya di sisi," tulis Hardwick.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang selama ini menyokong kerjaya seni suaminya.

"Hati kami hancur, kami tidak dapat membayangkan hidup tanpa senyuman dan kehadirannya yang sentiasa bertenaga.

"Terima kasih kepada semua orang yang telah memberi sokongan kepadanya sehingga ke akhir hayat,” ujarnya.

Menurut laman Facebook The Wanted, Parker meninggal dunia dengan tenang sewaktu makan tengah hari bersama keluarga dan rakan karibnya.

Mendiang meninggalkan isteri dan dua orang anak yang masih kecil.

Tom disahkan menghidap kanser otak pada Oktober 2020 selepas diserang sawan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain