suria

Ubah wajah seperti Lisa (Blackpink), tapi Lucinta Luna dikatakan lebih mirip Tangmo Nida

Wajah terbaharu Lucinta (kiri) dikatakan mirip Tangmo.

SELEBRITI transgender Indonesia, Lucinta Luna akhirnya mendedahkan wajahnya selepas melakukan pembedahan plastik sekitar Mac lalu.

Lucinta dengan bangga menyatakan dirinya kini mirip anggota Blackpink iaitu Lisa yang memang menjadi idolanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna sanggup ke Korea buat pembedahan plastik, ubah wajah seiras Lisa Blackpink

ARTIKEL BERKAITAN: Laporan polis menunjukkan kematian Tangmo Nida akibat kemalangan

“Bagus kan wajah saya? Wajah asli Lisa pun tidak secantik saya.

“Saya adalah artis Indonesia pertama yang melakukan pembedahan seperti ini. Saya adalah peminat Lisa,” ujarnya dalam temubual di saluran Youtube Boy William.

Walaupun mahu mukanya mirip seperti Lisa, namun rata-rata peminat memberi komen tidak seperti yang diharapkan.

Malah ada yang mengatakan wajah Lucinta kini mirip pelakon Thailand mendiang Tangmo Nida yang meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh dari bot pada Februari lalu.

"Mirip Tangmo.

"Bukankah berwajah seperti Tangmo," komen netizen.

Lucinta sebelum ini berkongsi di media sosial gambar dia selesai menjalani pembedahan plastik.

Dia juga menganggap pembedahan tersebut sebagai kemunculan identiti baharu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain