suria

Jeon Hye Bin umum hamil empat bulan, sedang persiapkan diri bergelar ibu

Jeon Hye Bin kini hamil dan usia kandungan sudah mencecah empat bulan.

DALAM diam-diam pelakon Jeon Hye Bin kini sedang mempersiapkan diri bergelar seorang ibu.

Memetik laporan Soompi, agensi pengurusan Pan Stars Company mengesahkan aktres itu sedang hamil anak sulung dan usia kandungannya sudah mencecah empat bulan.

"Jeon Hye Bin kini sedang hamil dan usia kandungannya sudah memasuki empat bulan. Dia dan keluarganya sangat teruja sejak mendapat perkhabaran itu.

"Sekarang ini, dia sedang memberi tumpuan menjaga kandungannya," kata agensi tersebut.

Untuk rekod, pelakon drama The Queen of Office itu mendirikan rumah tangga dengan suami bukan dalam kalangan selebriti apda Disember 2019.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain