suria

Serang wartawan tahun 2019, mahkamah kekalkan kes Salman Khan… Mohon untuk tidak hadir perbicaraan

Kes Salman bakal dibicarakan pada Mei.

PELAKON Salman Khan bakal berdepan dengan saman kerana tindakan salah laku yang melibatkan seorang wartawan pada tahun 2019.

Memetik laporan Pink Villa, Salman dan pembantu peribadinya iaitu Nawaz Shaikh dikehendaki hadir ke mahkamah pada 5 April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih membujang di usia 56 tahun, Salman Khan takut cinta ditolak

Bagaimanapun Mahkamah Tinggi Bombay kemudian menagguhkan perbicaraan yang dikeluarkan oleh mahkamah sivil sehingga 5 Mei akan datang.

Dalam masa sama, peguam yang mewakili Salman telah mengemukan rayuan memohon pengecualian pelakon filem Bajrangi Bhaijaan ini untuk hadir ke mahkamah.

Sebelum itu Salman telah memohon untuk membatalkan kes saman ini di mahkamah rendah.

Kemudian Hakim Revati Mohite Dere mengarahkan pengadu untuk menfailkan afidavit sebagai jawapan kepada Salman yang mahu kes ini dibatalkan.

Pada tahun 2019, seorang wartawan bernama Ashok Pandey mendakwa dia bersama seorang jurugambar dianiaya oleh pengawal peribadi Salman.

Ketika itu dia cuba mengambil gambar Salman yang sedang berbasikal dan telah meminta kebenaran daripada pengawal peribadi tersebut.

Bagaimanapun Salman dikatakan secara tiba-tiba naik angin dan menyerang Ashok selain merampas telefon bimbit miliknya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain