suria

Kes Tangmo Nida, Wisapat Sand dibebaskan selepas mengaku tidak bersalah, diikat jamin dengan aset bernilai RM25,000

Wisapat mengaku tidak bersalah dan akan mempertahankan diri.

SALAH seorang individu atas bot sebelum kematian Tangmo Nida, Wisapat 'Sand' Manomairat menafikan pertuduhan polis bahawa tindakan cuainya menyebabkan kematian aktres itu.

Sand disoal siasat selama tiga jam pada Sabtu dan dibebaskan dengan ikat jamin.

ARTIKAL BERKAITAN: Kawan Tangmo Nida, Wisapat Sand kena waran tangkap

ARTIKEL BERKAITAN: Upacara pembakaran Tangmo Nida ditunda, mayat dipindahkan semula ke pusat forensik

Dia turut memaklumkan kepada media dengan tenang bahawa Tangmo ke belakang bot bersendirian sebelum terjatuh ke Sungai Chao Phraya pada 24 Februari lalu.

Wisapat tiba di balai polis pada Sabtu bagi menjalani siasatan

Wisapat Sand dikenakan waran tangkap dan menyerah diri pada Sabtu lalu.

Sand menafikan tuduhan itu dan menyerahkan aset bernilai 200,000 baht (RM25,000) sebagai jaminan.

Dia akan mempertahankan dirinya selaras sistem keadilan dan mengikut syarat pembebasan sementara.

Peguamnya, Pornsak Wipas-apanon berkata, Sand hanya dikenakan satu pertuduhan iaitu kecuaian menyebabkan kematian dan tidak tahu jika polis akan mengemukakan pertuduhan lain.

Sand juga dilarang meninggalkan Thailand dan diarah melapor diri setiap 12 hari. - PATAYYA MAIL

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain