suria

Sering dilihat bersama, Raffi Ahmad dituduh curang dengan model

Netizen dakwa Raffi ada hubungan istimewa dengan Nita selepas mereka dilihat menghadiri program TV bersama.

NAMA selebriti Raffi Ahmad kini sedang hangat diperkatakan selepas khabar angin mendakwa aktor itu dikatakan berlaku curang terhadap isterinya iaitu Nagita Slavina.

Memetik laporan Liputan6, Raffi yang juga seorang pengacara itu didakwa sedang menjalinkan hubungan sulit dengan seorang model bernama Nita Gunawan.

Khabar angin itu mula berterbangan semenjak kedua-dua mereka dilihat tampil bersama di salah sebuah acara TV baru-baru ini.

Malah netizen di laman sosial turut mendakwa terdapat salah satu babak Raffi dengan Nita dalam acara itu dipadam oleh pihak TV.

Sebaik sahaja mengetahui khabar angin tersebut, Raffi akhirnya tampil menafikan semua dakwaan tersebut.

Raffi 1

Netizen membuat spekulasi di laman sosial.

Bagaimanapun, Raffi hanya menegaskan khabar angin dia berlaku curang itu tidak benar tanpa memanjangkan lagi isu tersebut.

"Gosip itu," kata Raffi secara ringkas sambil ketawa pada Isnin lalu.

Di laman sosial, netizen mendedahkan Nita kerap menghadiri acara yang dianjurkan Raffi malah kedua-dua mereka juga pernah berada di Pulau Dewata, Bali pada masa yang sama.

Raffi sebelum inipernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi dangdut Ayu Ting Ting dan didakwa sudah bernikah.

Untuk rekod, Raffiu Raffi berkahwin dengan Nagita pada 17 Oktober 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Rafathar Malik Ahmad, 7, dan Rayyanza Malik Ahmad yang lahir pada Disember tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain