suria

Baim Wong tidak puas beribadah dalam bulan Ramadan, sebulan rasa tak cukup

Baim sentiasa menanti kehadiran Ramadan.

SETIAP kali menjelang Ramadan pelakon Baim Wong akan meletakkan sasaran untuk menyempurnakan satu ibadah.

Bagaimanapun kata Baim, dia sering gagal mencapai apa yang dihajatinya sehinggakan dia merasa tidak puas berada dalam bulan Ramadan.

“Ada sahaja kekurangan yang saya lakukan sehingga merasakan tidak puas berada dalam bulan Ramadan.

“Pernah saya niat untuk berterawaih penuh, namun tidak terlaksana. Bagaimanapun ketika itu saya berjaya bertadarus.

“Apabila berjaya melaksanakan tadarus, saya jarang pula ke rumah orang tua.

“Jadi sebab itu saya tidak akan puas dalam tempoh satu bulan ini,” katanya seperti yang dipetik dari Detik Hot.

Justeru Baim akan sentiasa menantikan ketibaan Ramadan tahun berikutnya supaya dia boleh memperbaiki ibadah.

“Bagus juga merasa tidak puas kerana saya akan sentiasa menunggu Ramadan tahun hadapan untuk buat lebih baik lagi,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain