suria

Acha Septriasa dedah hanya ada satu buah pinggang, sering pengsan akibat terlalu penat

Acha dedah hanya hidup dengan satu ginjal.

PELAKON Acha Septriasa mendedahkan dia selama ini hidup dengan hanya memiliki satu buah pinggang sahaja.

Menurut Acha, 33, dia menyedari hal tersebut ketika berusia 18 tahun setelah melakukan pemeriksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Acha Septriasa rasa dihargai, kongsi pengalaman manis jalani penggambaran filem ‘Layla Majnun’ di Azerbaijan

"Sejak kecil lagi saya hanya memilik satu ginjal sahaja. Saya tahu hal tersebut selepas melakukan pemeriksaan MRI pada usia 18 tahun.

"Apabila diperiksa doktor, ternyata kosong pada bahagian ginjal sebelah kanan,"katanya dalam satu temubual di saluran Youtube Ngobrol Asix.

Disebabkan keadaan itu, pelakon filem Heart ini akui sering pengsan di lokasi penggambaran akibat terlalu penat.

"Saya sudah mula berlakon pada usia 15 tahun.

"Selama terlibat dengan penggambaran saya selalu pengsan akibat terlalu penat," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain