suria

Lima bulan putus, Shawn Mendes masih sayang Camila Cabello... Akui lebih matang selepas berpisah

Shawn sukar untuk melupakan bekas kekasihnya, Camila.

PENYANYI Shawn Mendes mengakui dia masih mempunyai perasaan sayang terhadap bekas kekasihnya iaitu Camila Cabello.

Memetik laporan Elle, Shawn memberitahu cintanya terhadap penyanyi wanita itu tidak pernah berubah walaupun mereka kini sudah membawa haluan masing-masing.

Kata Shawn, perpisahan itu membuatkan dirinya lebih matang dan kuat untuk menjalani kehidupan seterusnya.

"Saya sudah mencintai Camila selama bertahun-tahun dan cinta itu tidak akan pernah berubah. Saya tak akan melupakannya," akui Shawn.

Biarpun sudah berpisah namun Shawn memberitahu tidak mustahil jika selepas ini mereka berdua mempunyai projek lagu bersama.

Sebelum ini, Shawn mengakui dia menulis lagu terbaharunya berjudul When You're Gone selepas sebulan mereka berpisah.

Untuk rekod, Shawn dan Camila memutuskan untuk berpisah November tahun lalu selepas mereka bersama selama dua tahun sejak 4 Julai 2019.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain