NAMA Nita Gunawan terus menjadi bualan hangat ramai kerana dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumahtangga pengacara Raffi Ahmad dan isterinya Nagita Slavina. Menjawab tuduhan tersebut, Nita menegaskan hubungan dia dan Raffi tidak lebih dari seorang rakan. ARTIKEL BERKAITAN: Sering dilihat bersama, Raffi Ahmad dituduh curang dengan model Nita turut memberitahu pernah bertemu dengan Nagita dan gosip yang tersebar baru-baru ini hanya rekaan netizen sahaja. “Saya dan Raffi hanya berkawan sahaja. Nita jelaskan hubungan dengan Raffi hanya kawan “Saya pernah bertemu dengan Raffi dan isterinya di sebuah restoran, hubungan kami bertiga sangat baik. “Hanya netizen yang sengaja buat cerita,” jelasnya seperti yang dipetik dari Detik Hot. Gosip hubungan Raffi dan Nita mula diperkatakan apabila kedua-dua tampil dalam sebuah program televisyen. Khabar angin kecurangan Raffi dikuatkan lagi dengan dakwaan netizen yang selalu ternampak Nita hadir di program televisyen yang melibatkan Raffi. Untuk rekod, Raffi dan isterinya mendirikan rumah tangga pada Oktober 2014 dan mereka mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Rafathar Malik Ahmad, 7, dan Rayyanza Malik Ahmad yang lahir pada Disember tahun lalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI