ANAK lelaki pasangan selebriti Victoria dan David Beckham iaitu Broolyn Beckham, 23, selamat bergelar suami kepada pelakon Nicola Peltz, 27, dalam sebuah majlis di Palm Beach, Florida, Amerika Syarikat pada Ahad. Majlis mewah yang diadakan selama tiga hari bermula Jumaat dengan sambutan pra-perkahwinan itu telah menelan belanja AS$3.9 juta (RM16 juta). Majlis tersebut dihadiri kira-kira 300 tetamu pada malam Sabtu dan tetamu yang diundang turut disediakan penginapan sehingga majlis makan tengah hari pada Ahad. Beberapa selebriti dan bintang sukan turut kelihatan termasuk pemain tenis Venus dan Serena Williams, pelakon Eva Longoria, cef Gordon Ramsay, penyanyi Mark Antony dan bekas ahli Spice Girl Mel C. Para tetamu diminta untuk tidak menyiarkan sebarang foto di media sosial kerana gambar eksklusif itu telah dijual kepada Vogue yang bakal disiarkan untuk keluaran Jun. Walaupun kawalan keselamatan yang ketat dengan segerombolan pengawal dan juga anjing, beberapa media dilaporkan cuba mencuri rakam menggunakan dron. Pasangan itu pertama kali mengumumkan hubungan mereka pada Januari 2020 dan bertunang enam bulan kemudian. Mereka terpaksa menangguhkan perkahwinan hampir dua tahun kerana wabak Covid-19. - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI