SELAIN peminat, rakan selebriti juga nampaknya tidak sabar menantikan majlis perkahwinan pasangan pelakon Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor yang akan berlangsung tidak lama lagi. Salah seorang selebriti yang turut meluahkan rasa teruja dengan perkhabaran gembira itu ialah aktor terkenal Sanjay Dutt. ARTIKEL BERKAITAN: Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt tunggu rumah siap ubah suai sebelum langsung perkahwinan Selain mengharapkan perkahwinan pasangan ini berkekalan, Sanjay turut berdoa agar mereka segera dikurniakan cahaya mata. "Jika dia akan berkahwin, saya sangat gembira. Saya melihat proses pembesaran Alia sejak dia lahir lagi. Perkahwinan adalah komitmen antara satu sama lain dan mereka harus berpegang pada itu. Alia dan Ranbir dikatakan bakal berkahwin pada Oktober depan. "Sentiasa berpegangan tangan antara satu sama lain dan bergerak ke hadapan dalam kebahagiaan, keamanan dan kemuliaan. "Semoga cepat dapat anak dan kekal bahagia," katanya. Sebelum ini, Alia dan Ranbir pernah memberitahu mereka terpaksa menangguhkan perancangan untuk berkahwin akibat pandemik Covid-19. Bagaimanapun sehingga kini tarikh perkahwinan Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt masih menjadi tanda tanya selepas beberapa kali tertunda. Sumber memberitahu tarikh sebenar perkahwinan mereka setakat ini dijangkakan berlangsung selepas kediaman mereka siap diubah suai pada Oktober nanti. Sumber - Hindustantimes Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI