suria

Gosip murahan! Rihanna, kekasih belum putus... Tuduhan curang dengan pereka kasut tidak benar

Rihanna dan A$AP masih berhubungan baik.

HUBUNGAN cinta penyanyi Rihanna dan kekasihnya iaitu A$AP Rocky dikatakan sudah berakhir selepas penyanyi rap itu didakwa berlaku curang.

Menerusi laporan Hollywoodlife, sumber bagaimanapun mendedahkan Rihanna dan A$AP masih belum berpisah seperti yang didakwa.

Pasangan yang bakal menimang cahaya mata sulung itu menegaskan khabar angin tersebut adalah tidak benar.

"Sejuta peratus gosip itu tidak benar. Mereka masih baik," kata sumber.

Sebelum ini, A$AP Rocky dikatakan berlaku curang dengan Rihanna apabila dia dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan pereka kasut jenama Fenty yang dikenali sebagai Amina Muaddi.

Sementara itu, Amina pula tampil menafikan khabar angin tersebut dan menyifatkan tuduhan berkenaan sangat tidak berasas serta merupakan gosip murahan.

Untuk rekod, Rihanna dan A$AP Rocky bermula sebagai kawan sebelum menjalinkan hubungan cinta secara serius pada dua tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain