suria

5 bulan berjuang, hak jagaan anak Vanessa Angel akhirnya diserah kepada bapa mentua, Haji Faisal

Faisal berjaya dapat hak penjagaan Gala.

SELEPAS lima bulan berjuang di mahkamah, akhirnya hak penjagaan anak kepada Allahyarham Vanessa Angel dan Bibi Andriansyah diserahkan kepada keluarga Haji Faisal.

Faisal yang merupakan bapa kepada Bibi meluahkan rasa syukur selepas keputusan tersebut dibacakan di Mahkamah Agama Jakarta Barat Indonesia pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa bawa saksi ke mahkamah, nak buktikan Vanessa Angel hamil luar nikah

"Walau saya sudah dapat merasakan keputusan tersebut namun amat terharu kerana perjuangan ini memakan masa yang lama.

"Niat saya sangat baik, hanya mahu menyelamatkan cucu bagaimanapun ia mengambil masa selama lima bulan,"ujarnya seperti yang dipetik dari Detik Hot.

Selepas Vanessa dan Bibi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 4 November lalu, Faisal menuntut hak menjaga cucunya iaitu Gala Sky Andriansyah yang berusia dua tahun.

vanessa angel 2

Doddy turut menuntut hak penjagaan cucu.

Perebutan hak antara Faisal dan bapa Vanessa, Doddy Sudrajat mendapat perhatian ramai kerana kedua-duanya saling berbalah menyatakan pendirian masing-masing.

Sementara itu Faisal juga berjanji mahu bersihkan semula nama baik cucunya itu selepas banyak cerita yang tidak benar diperkatakan sebelum ini.

"Saya yakin cucu, anak dan menantu saya orang yang baik.

"Ini adalah cucu saya dan saya perlu selamatkan namanya kerana terlalu banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku,"jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain