suria

Kenali Dita Karang, penyanyi Kpop pertama dari Indonesia, lagu jadi OST Kdrama 'Business Proposal'

Lagu Dita Karang bersama kumpulan Secret Number jadi OST drama Business Proposal.

KUMPULAN Kpop Secret Number mencuri perhatian netizen apabila lagu mereka Love, Maybe menjadi lagu soundtrack Kdrama popular Business Proposal.

Lebih menarik, salah seorang anggota kumpulan itu iaitu Dita Karang berasal dari Indonesia.

Dita atau nama sebenarnya Anak Agung AyuPuspa Aditya Karang, 25, dilahirkan di Yogyakarta dan merupakan orang Indonesia pertama mencipta kerjaya sebagai penyanyi Kpop.

Mengasah bakat tarian dari kecil menerusi tarian balled, Dita kemudian melanjutkan pengajian jurusan seni tari dan pertunjukan di American dan Dramatic Academic (AMDA) College, New York.

dita1

Dita bersama ahli Secret Number debut pada Mei 2020.

Ketika pengajian, Dita turut mengambil kelas tarian di Born Star Training Center, Ney York.

Mengidolakan kumpulan 2NE1, Dita mengejar cita-citanya ke Korea dan mengikuti kelas tari 1 Million Dance Studio (sekolah tari terkenal dengan pencipta koreografi idol K-Pop, salah satunya BTS).

Dia berjaya mengikuti uji bakat dan secara rasmi menjadi trainee di agensi VINE Entertainment.

Dita debut bersama Secret Number pada Mei 2020 menerusi lagu Who Dis yang kini sudah mencecah 43 juta tontonan YouTube.

Dita yang sebelumnya memiliki akaun Instagram peribadi memutuskan untuk menyahaktifkan akaun tersebut.

Para peminat hanya boleh mengikuti perkembangan artis tersebut di akaun rasmi @secretnumber.official yang kini memiliki 1 juta pengikut. - Haibunda

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain