SERABUT dengan komen-komen yang mengaitkan nama penyanyi Selena Gomez di setiap perkongsiannya di laman sosial, model terkenal Hailey Baldwin merayu kepada netizen agar berhenti mengganggunya. Hailey menegaskan dia berhak mendapatkan kebebasan untuk bersendirian memandangkan kisah antara Selena dan suaminya iaitu penyanyi Justin Bieber sudah lama berakhir. Biarpun tiada menyebut nama mana-mana individu namun netizen dapat meneka ia ditujukan kepada peminat Selena Gomez yang tidak berhenti meninggalkan komen di laman sosialnya. "Tinggalkan saya sendirian pada ketika ini. Saya buat hal saya sendiri. Saya tidak melakukan apa-apa, tidak berkata apa-apa. Tolong, tinggalkan saya sendirian. View this post on Instagram A post shared by Ria & Fran (@chicksintheoffice) "Cukup masa telah berlalu dimana ia sewajarnya untuk tinggalkan saya sendirian. Saya merayu kepada anda. Sungguh. Itu saja permintaan saya. "Pergilah sengsara di tempat lain, tolong. Ini untuk anda yang meninggalkan komen di setiap perkongsian saya," kata Hailey menerusi video yang dimuat naik di TikTok. Selena dan Justin sebelum ini kembali menjalin hubungan cinta selepas beberapa kali putus namun hubungan tersebut berakhir pada Mac 2018. Pada September tahun lalu, Justin akhirnya mendirikan rumah tangga dengan Haiely di di sebuah lokasi rahsia di New York, Amerika Syarikat. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI