suria

Viral wajah cantik, anak Kajol dan Ajay Devgan tak tunjuk minat jadi pelakon

Nysa tak berminat untuk jadi pelakon.

LAHIR sebagai seorang anak pasangan popular Bollywood, Nysa Devgan bagaimanapun dikatakan tidak mahu mengikut jejak langkah kedua ibu bapa untuk terjun ke dunia seni.

Perkara itu diakui sendiri oleh bapanya Ajay Devgan yang memberitahu anaknya itu seakan tidak menunjukkan minat menjadi seorang pelakon.

"Saya tidak pasti sama ada dua mahu terlibat dalam bidang ini atau tidak.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajay Devgan nafi Kajol dan anak perempuan mereka positif Covid-19

"Buat masa sekarang dia tidak menunjukkan sebarang minat, tetapi semuanya boleh berubah," katanya seperti yang dipetik dari Hindustan Times.

Suami kepada Kajol itu turut memaklumkan anaknya kini sedang menyambung pengajian dalam bidang hospitaliti di Switzerland.

Nysa tak berminat untuk jadi pelakon.Nysa bersama bapanya Ajay.

Nysa merupakan anak pertama pasangan Ajay dan Kajol yang berkahwin pada tahun 1999.

Selain Nysa,19, mereka juga mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu Yug yang kini berusia 12 tahun.

Nysa menjadi tumpuan ramai selepas wajah cantiknya menjadi tular di sosial media.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain