suria

Pelakon The Flash, Ezra Miller ditahan lagi, kali ini sebab mengamuk tiba-tiba

Ezra Miller tidak serik ditahan polis.

TIDAK pernah serik dengan kes sebelum ini, pelakon Ezra Miller sekali lagi ditahan polis atas kesalahan mencederakan orang.

Kali ini Miller dikatakan membaling kerusi ke arah seorang wanita berusia 26 tahun sehingga menyebabkan luka di bahagian dahi.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah itu, Miller dilaporkan mengamuk secara tiba-tiba selepas diminta meninggalkan majlis yang berlangsung di premis tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Hero filem The Flash, Ezra Miller ditahan di pusat hiburan... Saksi nampak tendang pengunjung lain

Polis Pahoa, Hawaii menahan Miller dalam sebuah sekatan jalan raya pada pukul 1.30 pagi selepas kira-kira 20 minit menerima aduan.

Dia kemudian dibebaskan pada pukul 4.05 pagi selepas perbincangan bersama pihak peguam dilakukan.

Bagaimanapun kes ini masih lagi dalam siasatan polis.

Pada hujung Mac lalu, Ezra ditahan polis atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam.

Dalam kejadian tersebut, hero filem The Flash ini bertindak merampas mikrofon seorang wanita yang sedang berkaraoke dan menendang seorang lelaki di lokasi sama. -ROLLINGSTONE

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain