ENAM bulan selepas terkait isu bekas kekasih, pelakon Kim Seon Ho 'diserang' jurugambar sebaik saja sampai di Korea selepas menjalani penggambaran di Thailand bagi filem berjudul Sad Tropics. Memetik laporan Koreaportal, jurugambar dan peminat menyambut kepulangan Kim Seon Ho di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada Isnin. Pelakon drama popular Hometown Cha-Cha-Cha itu dilihat memakai baju 'sweater' berwarna putih dengan menutup kepalanya dengan 'hoodie' berserta pelitup muka. Peminat tidak sabar menantikan filem terbaharu Kim Seon Ho memandangkan ia merupakan lakonan pertama aktor itu selepas terkait dengan tuduhan palsu yang dibuat bekas kekasihnya. Pada Oktober tahun lalu, seorang wanita dipercayai bekas kekasih Kim Seon Ho memuat naik satu posting di Internet menuduh aktor itu memaksanya melakukan pengguguran ketika mereka bercinta. Bagaimanapun Kim Seon Ho mengaku memaksa bekas kekasihnya untuk melakukan pengguguran dan meminta maaf secara terbuka kepada wanita itu dan peminatnya atas kecuaiannya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI