suria

Sanjay Dutt kongsi saat diberitahu hidap kanser paru-paru, tiga jam menangis fikir nasib anak dan isteri

Sanjay terkenang saat dia diberitahu mengidap kanser paru-paru tahap empat.

DISAHKAN mengidap penyakit kanser paru-paru tahap empat pada 2020, pelakon Sanjay Dutt mendedahkan dia mengetahui keadaan dirinya itu selepas mengalami kesukaran untuk bernafas.

Memetik laporan Hindustantimes, Sanjay memberitahu dia melakukan pemeriksaan dan kelihatan keadaan paru-parunya sudah separuh ditutupi air.

ARTIKEL BERKAITAN: Sanjay Dutt diagnosis kanser paru-paru tahap empat

"Ia seperti hari biasa ketika negara dalam perintah berkurung. Dan pada hari itu, saya menaiki tangga dan tiba-tiba saya sukar untuk bernafas.

"Saya sudah mandi, saya tak boleh nak bernafas, saya tidak tahu apa yang terjadi, saya terus hubungi doktor saya. Pemeriksaan X-ray dapat lihat paru-paru saya lebih separuh tertutup dengan air.

"Mereka (doktor) terpaksa mengeluarkan air tersebut. Mereka semua berharap ia adalah TB (tuberkulosis) tetapi ia ternyata kanser," katanya.

Dalam pada itu, Sanjay turut mengakui dia menangis selama tiga jam selepas kakaknya sendiri memaklumkan bahawa dirinya mengidap kanser.

"Macam mana nak beritahu saya, ia satu isu yang besar. Saya mungkin akan tumbuk muka seseorang. Jadi, kakak saya datang beritahu kepada saya. Saya kata 'baiklah, saya ada kanser, jadi macam mana sekarang?'.

"Kemudian mereka mula merancang sesuatu untuk lakukan ini dan itu... tetapi saya menangis selama dua hingga tiga jam sebab saya terus berfikir tentang anak-anak, isteri dan kehidupan saya.

"Semuanya datang serentak dan saya terus berkata saya akan berhenti menjadi lemah," kata Sanjay.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain