suria

Setiap kali bergaduh dengan isteri, Raffi Ahmad ugut makan ‘seafood’ biar cepat mati

Raffi dedah isterinya akan beritahu mahu hidup bersama anak-anak tanpanya setiap kali bergaduh.

SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri... Itulah adat dalam perkahwinan yang penuh dengan ujian dan cabaran.

Berkongsi mengenai alam perkahwinan, selebriti terkenal dari Indonesia iaitu Raffi Ahmad mendedahkan rumah tangganya dengan isteri, Nagita Slavina juga kerap diuji.

Kata Raffi, setiap kali mereka bergaduh Nagita memberitahu dia ingin hidup bersama anak-anak tanpa dirinya lagi.

"Tahu tak, saya kalau bergaduh dengan Nagita mesti hujung-hujung akan cakap... biarlah saya hidup dengan anak-anak saja, tak perlu ada awak," katanya menerusi saluran YouTube miliknya, baru-baru ini.

Mendengar kata-kata Nagita itu, selebriti berusia 34 tahun itu terus menggugut isterinya dengan mengatakan dia mahu makan makanan laut yang banyak sehingga dirinya mati.

"Saya cakap balik... kalau macam itu, ya sudah saya makan seafood banyak-banyak biar saya mati. Jadi, doa kamu dikabulkan," katanya lagi.

Untuk rekod, Raffi berkahwin dengan Nagita pada 17 Oktober 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Rafathar Malik Ahmad, 7, dan Rayyanza Malik Ahmad yang lahir pada Disember tahun lalu.

Sumber - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain