suria

Sering bergaduh sampai ganggu kerja, akhirnya Jefri Nichol dan Taj Belleza putus selepas 5 bulan bercinta

Jefri enggan dedah punca sebenar perpisahannya dengan Taj.

HUBUNGAN cinta pelakon Indonesia, Jefri Nichol dengan anak kepada aktor Rueben Elishama iaitu Taj Belleza dikhabarkan sudah berakhir.

Pendedahan itu dibuat semasa Jefri menjadi tetamu undangan dalam satu program di saluran YouTube Erika Carlina.

Dalam temu bual berkenaan, Jefri ditanyakan soalan mengenai hubungan cintanya dengan Taj.

"Buat masa sekarang saya tak mencari. Saya baru saja putus," kata Jefri.

Biarpun tidak berkongsi punca sebenar perpisahan, namun Jefri seakan-akan memberi bayangan hubungan mereka putus disebabkan kerap bergaduh sehingga menganggu kehidupannya.

"Bagi saya, kalau dah selalu sangat bergaduh dengan kekasih itu sangat menganggu," ujarnya.

Jefri dan Taj dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta sejak November tahun lalu apabila dia memuat naik foto bersama di Instagram.

Sumber - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain