suria

Joe Alwyn dan Taylor Swift enggan kongsi kisah cinta, sedar peminat tak pernah puas ingin tahu hal peribadi artis

Alwyn dan Swift tidak banyak kongsi kisah cinta.

JARANG dilihat bersama-sama di mana-mana acara atau tempat awam, pasangan Joe Alwyn dan Taylor Swift ada alasan sendiri mengapa mereka tidak terlalu berkongsi kisah cinta.

Menurut Alwyn, dalam kehidupan sekarang ini, manusia sentiasa mahukan lebih dari apa yang diberi.

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift serius dengan Joe Alwyn, dah bincang tentang majlis kahwin

Justeru itu, dia bimbang jika peminat akan sentiasa ambil tahu lebih lanjut cerita mereka meskipun ia terlalu peribadi atau tidak mahu diceritakan.

“Bukan bermaksud saya terlalu menyimpan kisah peribadi, namun respons yang diterima membuatkan saya senang berdiam.

“Kita hidup dalam budaya di mana orang sentiasa mahu tahu tentang kisah seseorang.

“Apabila terlalu memberi, orang mahukan lebih lagi dan mungkin akan ambil tahu tentang perkara yang tidak diceritakan,” ujarnya seperti yang dipetik dari Elle.

Selepas beberapa kali putus cinta, Swift serius bersama Alwyn dan rancang untuk berkahwin.

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan cinta sejak tahun 2016.

Dalam satu temu bual lain sebelum ini, Swift juga pernah bercakap tentang perkara berkiatan hak privasi mereka.

“Jika saya bercakap tentang sesuatu perkara, mungkin orang fikir ia boleh dibincangkan lebih lanjut.

“Ada batasan dalam hidup dan ia menjadikan diri saya lebih terurus,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain