suria

Pulih daripada ketagihan dadah, Nia Ramadhani sedia kembali berlakon

Nia sedia kembali aktif dunia seni.

SELEPAS selesai menjalani proses pemulihan akibat penyalahgunaan dadah sejak 29 Mac lalu, pelakon Nia Ramadhani dikatakan sedia untuk kembali aktif di dunia lakonan.

Perkara tersebut dijelaskan oleh peguam yang mewakili Nia iaitu Nur Zainab yang turut memberitahu pelakon tersebut telah sembuh sepenuhnya dari masalah dadah.

ARTIKEL BERKAITAN: Nia Ramadhani dan suami sambut Ramadan di lokasi rahsia... Rupa-rupanya sudah selesai pemulihan sejak Mac lalu

“Menurut keterangan daripada keluarga terdekat, Nia kini sudah sembuh dan bersedia untuk berdepan dengan orang ramai.

“Dia juga sedia untuk kembali ke dunia hiburan. Lihat sahaja dirinya ketika perbicaraan baru-baru ini... dia dalam keadaan baik,” jelasnya seperti yang dipetik dari Detik Hot.

Nia ditahan pihak polis bersama suaminya, Ardi Bakrie dan pemandu mereka pada Julai tahun dan mahkamah sebelum ini memutuskan ketiga-tiga mereka dikenakan hukuman penjara selama setahun.

Bagaimana keputusan rayuan baru-baru ini telah membebaskan pelakon Bawang Merah Bawang Putih itu dan hanya perlu menjalani proses pemulihan bermula tarikh ditangkap.

Nia kini dikatakan sedang berehat dan mahu memberi fokus kepada ibadah puasa di sebuah lokasi yang dirahsiakan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain