SELEPAS lapan bulan menjalani proses rehabilitasi, pelakon Nia Ramadhani dan suaminya iaitu Ardi Bakrie rupa-rupanya sudah selesai rawatan pemulihan itu sejak 29 Mac lalu. Menurut peguam Nia iaitu Nur Zainab, pasangan itu kini sedang berehat di lokasi yang dirahsiakan untuk menjalani ibadah puasa. "Ya, sudah pulang, sudah berehat di suatu tempat untuk menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadan," katanya. Sebelum ini, Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie ditahan selepas terkait kes penyalahgunaan dadah pada Julai tahun lalu. Dalam tangkapan tersebut, polis menemui dadah jenis syabu dengan berat 0.78 gram. Pasangan itu mula menjalani rawatan dan pemulihan dadah di daerah Bogor, Jawa Barat Indonesia pada Julai tahun lalu. Untuk rekod, Nia Ramadhani dan Ardie Bakrie berkahwin pada 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mikhayla Zalindra Bakrie, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zaladrie Bakrie. Sumber - Liputan6 Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI