JIKA orang kata kehidupan lelaki bermula di usia 40 tahun, namun berbeza pula dengan selebriti Indonesia terkenal Raffi Ahmad yang mempunyai sasaran berlainan. Raffi yang kini berusia 35 tahun berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkan banyak perkara melainkan mahu menjalani kehidupan yang lebih tenang dan gembira pada usia 40 tahun nanti. Malah suami kepada Nagita Slavina ini juga mendedahkan dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi seorang ustaz. "Saya mempunyai sasaran, orang kata untuk lelaki kehidupan bermula pada usia 40 tahun. Tapi kalau saya, dah tak boleh, kehidupan gembira bermula 40. "Jadi, usia 40 itu dah tak boleh fikirkan terlalu banyak hal seperti sekarang. Sebenarnya saya teringin nak menjadi seorang ustaz," kata Raffi. Tambah Raffi lagi, dia akan mempelajari lebih mendalam tentang ilmu agama di Kairo atau Mesir bersama Ustaz Hanan Attaki sebaik saja urusan perniagaannya selesai. "Kalau segala urusan sudah selesai, saya nak pergi timba ilmu agama di Kairo atau Mesir. Saya akan pergi ke sana bersama Ustaz Hanan Attaki," ujarnya. Sumber - Liputan6 Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI