suria

Rossa dipanggil beri keterangan, terkait kes pelaburan haram

Rossa antara artis yang dikaitkan dengan DNA Pro.

PENYANYI popular Datuk Rossa menjadi salah seorang selebriti yang turut terkait dengan kes penipuan wang atas talian oleh DNA Pro yang kini sedang hangat diperkatakan.

Ketua Bahagian Penerangan Awam Bahagian Perhubungan Awam Polis Negara, Komisioner Gatot Repli Handoko mengesahkan hal tersebut dan turut memaklumkan Rossa hadir memberi keterangan pada petang Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasil titik peluh sebagai penyanyi... Rossa hadiahkan rumah mewah untuk ibu bapa, harga dianggar cecah RM6 juta!

"Rossa sudah mengesahkan kehadiran untuk pemeriksaan pada petang Khamis," ujarnya seperti yang dipetik dari Detik Hot.

Bagaimanapun belum dapat dipastikan lagi sejauh mana keterlibatan penyanyi lagu Hati Yang Kau Sakiti ini dengan syarikat tersebut.

DNA Pro merupakan sebuah syarikat yang menjalankan pelaburan saham atas talian dan telah beroperasi secara haram.

Aktiviti penipuan mereka mula dihidu sejak awal April dan kerugian semua mangsa terlibat dianggarkan kira-kira RM23 juta.

Selain Rossa, antara selerbiti lain yang turut dipanggil memberi keterangan adalah Ivan Gunawan, Billy Syahputra, pasangan Rizky Billar dan Rizky Kejora, dan Yosi (Project Pop).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain