suria

Dul Jaelani sanggup tinggalkan kerja kerana mahu teman ibu jalani pembedahan... Teringat pesanan Ahmad Dhani

Dul (kiri) bersama Maia dan abangnya El Rumi.

ANAK kepada penyanyi Ahmad Dhani iaitu Dul Jaelani sanggup membatalkan semua tawaran kerja demi menemani ibunya, Maia Estianty yang menjalani pembedahan membuang hempedu pada Jumaat.

Kata Dul, dia berbuat demikian kerana teringatkan pesanan bapanya supaya sentiasa memberikan keutamaan kepada ibu.

"Benar saya batalkan semua tawaran kerja kerana ayah sudah berpesan supaya sentiasa mengutamakan ibu," katanya seperti yang dipetik dari Detik Hot.

ARTIKEL BERKAITAN: Ragu-ragu jalani pembedahan batu dalam hempedu, Maia Estianty guna kaedah terapi epal

Kata Dul lagi, ketika mengetahui ibunya sakit pada awal April lalu, dia juga membatalkan perancangan menonton konsert Ahmad Dhani bersama Dewa 19 di daerah Bandung.

"Ketika dapat tahu ibu dibawa ke sebuah pusat perubatan, saya terus batalkan niat untuk pergi ke konsert ayah.

"Tak seronok rasanya menyaksikan konsert jika asyik terfikir tentang kesihatan ibu.

dul 22

Ahmad Dhani bersama tiga anak lelakinya.

"Bukan mahu tunjuk baik, tetapi syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu," jelasnya.

Dul merupakan anak kepada Maia dan Ahmad Dhani hasil perkahwinan mereka selama 12 tahun sebelum berpisah pada September 2008.

Selain Dul, mereka juga mempunyai dua orang anak lelaki lain iaitu Ahmad Al Gahzali dan Ahmad El Jalaluddin Rumi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain