suria

Sahabat sejati! Hrithik Roshan tolong jaga anak kembar Preity Zinta dalam ‘flight’

Hubungan persahabatan Preity dan Hrithik dipuji ramai.

HUBUNGAN persahabatan antara pelakon Preity Zinta dan Hrithik Roshan bukan hanya di hadapan kamera atau di lokasi penggambaran.

Keakraban mereka membuatkan Roshan tidak pernah berkira dalam memberi pertolongan termasuk menjaga anak masing-masing ketika diperlukan.

Dalam satu perkongsian di laman sosial, Preity meluahkan penghargaan buat sahabatnya itu kerana membantu mengurusakn dua anak kembarnya ketika dalam penerbangan dari Amerika Syarikat (AS) pulang ke India.

ARTIKEL BERKAITAN: Hrithik Roshan bawa kekasih ke majlis bekas isteri, saling perkenal pasangan baharu

"Ramai orang datang dan pergi, tetapi sahabat sejati meninggalkan kesan dalam hati.

"Terima kasih Roshan kerana membantu Jai dan Gia dalam penerbangan yang panjang ini. Saya dapat melihat awak adalah seorang ayah yang hebat.

"Saya amat sayangkan awak. Dari zaman kami keanak-anakan sehinggalah mempunyai anak sendiri. Saya bangga melihat kita sama-sama menjadi dewasa," Priety.

Menerusi ruangan komen, ramai peminat yang memuji hubungan rapat mereka selain tidak sabar melihat kemunculan Priety selepas sekian lama menetap di AS.

zinta

Preity bersama suami.

"Pasangan pelakon kegemaran saya. Tak sabar nak tunggu Preity di India.

"Hubungan yang sangat baik antara Priety dan Roshan," komen netizen.

Untuk rekod Preity mendirikan rumah tangga dengan lelaki warganegara AS pada 2016 dan kini menetap di sana.

Mereka memiliki sepasangan anak kembar iaitu Jai dan Gia yang dilahirkan tahun melalui kaedah ibu tumpang.

Preity dan Roshan pernah bergandingan dalam filem Koi Mil Gaya dan Lakshya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain